Pendaftaran Pelajar Maahad Tahfiz Al-Ghazaly Sesi 2013

Pendaftaran Pelajar Maahad Tahfiz Al-Ghazaly Sesi 2013 More »

Sejarah Al-Hufaz

Sejarah pendidikan awal penubuhan Maahad Al-Hufaz bermula dengan Tadika Al Hufaz yang berjaya di tubuhkan pada Oktober 2008 yang terletak di Jalan Selamat Kampung Sungai Udang, Klang, Selangor bersebelahan Masjid Darul Muttaqin. More »

 

Kem Tahfiz Perdana

Kem Tahfiz Perdana Ke-10
Di Masjid Muttaqin, Sg.Udang, Klang


PENDAFTARAN KINI DIBUKA! -
Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

PENDAFTARAN KEM TAHFIZ PERDANA KALI KE-13

Tarikh Kem : 1hb Disember hingga 15hb Disember 2012 (14 Hari)

Tempat Kem : Al-Hufaz Centre ( Bersebelahan Masjid Darul Muttaqin Sg.Udang, Klang )
Muat turun :
Peta Al-Hufaz Centre
DI SINI

Yuran : RM 400 ( termasuk makan, dobi, buku, fail, kertas kerja, sijil dan hari sukaneka )

Umur : 7 hingga 17 tahun ( lelaki dan perempuan )

Muat turun Borang Pendaftaran :
- Borang-Pendaftaran-Kem-Tahfiz-Perdana-Ke-13 DI SINI
- Pamplet-Kem-Tahfiz-Perdana-Ke-13 DI SINI
- Maklumat Ketua Fasi Kem Tahfiz Perdana Ke-13 DI SINI

Setiap penyertaan Kem Tahfiz Perdana Kali Ke 13 akan diberikan 3 buah buku + cd percuma iaitu :

Buku-Percuma-Kem-Tahfiz-Perdana-Ke-13

3 Buku berserta CD percuma untuk Kem Tahfiz Perdana Ke-13

  1. Muqadam Juzuk Amma’
  2. Buku Sehari dalam Hidupku
  3. 101 akhlak Nabi

MUQADIMAH

Kem Tahfiz Perdana atau Kem Tahfiz & Asas Ibadah merupakan latihan teknik menghafaz al-quran serta asas ibadah yang mula-mula diperkenalkan pada tahun 2005 selama 30 hari setiap cuti sekolah. Kem ini memberi pendedahan awal bagaimana cara menghafaz al-quran yang mana apabila seseorang itu makin lama membaca al-quran hatinya akan menjadi lunak, jinak dan enak. Kem ini itu juga memberi pendedahan teknik wuduk yang betul, teknik solat yang betul, sirah nabi, akhlak nabi, adab kepada orang tua dan ibubapa, serta beberapa asas ibadah yang wajib diketahui oleh seorang Islam.  Peserta juga akan didedahkan dengan kekuatan fizikal dan mental pada acara sukaneka di kalangan peserta kem tahfiz di antara sukan rakyat ialah tarik tali, membawa bola pingpong di atas sudu, mengisi air di dalam botol, meniup belon. Peserta yang mengikut kem ini akan insyallah akan berubah menjadi insan yang berguna dan berasa insaf, mereka yang keluar dari kem ini berbekal di dada dengan ilmu-ilmu pengetahuan yang amat berguna dan manafaat. Pendedahan awal kem tahfiz ini ialah peserta di kehendaki menghafaz surah-surah lazim atau suruh di juzuk ke 30 dan setiap bacaan akan di rekodkan di dalam sebuah buku dikenali sebagai “BUKU REKOD KEM TAHFIZ”. Di akhir kem ini peserta diwajibkan menduduki peperiksaan bertulis dan pertandingan menghafaz al-quran dan peseta yang berjaya akan mendapat hadiah.

Buku-Modul-Kem-Tahfiz-Perdana

Buku-buku Modul Kem Tahfiz Perdana

MATLAMAT

Pertama :     Menggalakkan anak-anak bersolat jamaah di masjid.

Kedua :        Menghidupkan masjid dengan halaqah al-quran.

Ketiga :        Melahirkan pra hafiz al-quran seusia 8 tahun.

Keempat :     Mendisiplinkan peserta dengan jadual waktu setelah pulang ke  rumah.

KEM TAHFIZ YANG LALU

Tahfiz al-Quran Remaja                         16hb Jan – 19hb Feb 2005          (35 hari)

Tahfiz & Ibadah                                   13hb Mac- 19hb Mac 2005 (7 hari)

Tahfiz & Kecemerlangan Akademik         29hb Mei – 11hb Jun 2005           (14 hari)

Tahfiz & Gemilang Bistari                      20hb Ogos – 27hb Ogos 2005 (7 hari)

Tahfiz Perdana                                     19hb Nov – 18hb Dis 2005 (30 hari)

Tahfiz & Fardhu Ain                              10hb Dis – 24hb Dis 2008 (14hari)

LOKASI

Semasa Masjid Nurul Ehsan Sungai Udang Klang dalam pembinaan, Kem Tahfiz Al-Quran tidak dapat diadakan dan ditangguhkan disebabkan tiada lokasi yang sesuai.  Apabila Masjid Nurul Ehsan Sungai Udang Klang siap pada tahun 2006-2007 di tanah waqaf seluas 2½ ekar dan seterusnya dirasmikan oleh Sultan Selangor ia diberi nama Masjid Darul Muttaqin. Sejak dari itu ia menjadi lokasi tetap Kem Tahfiz Al-Quran termasuk asrama, penyediaan makanan dan sebagainya yang dikendalikan Al Hufaz Managemant. Sepanjang tahun 2006 Kem Tahfiz telah diadakan di beberapa buah masjid antaranya Masjid Bandar Baru Sungai Buloh Selangor, Masjid Al Hidayah Kelana Jaya, Selangor. dam Masjid Sungai Udang Klang, Selangor. Di anggarkan peserta yang mengambil bahagian seramai 70 – 200 orang.

KESANNYA

Kem Tahfiz atau Program Tahfiz atau Kelas Tahfiz ini telah memberi kesan yang sangat mendalam dan hampir 50% dapat menghafaz al-quran bermula surah Ad-Dhuha hingga An-Nas, manakala 50% dapat menghafaz keseluruhan juz ke 30 (Juz ‘Amma) dalam tempoh 14 hari dengan lancar. Keberkesanan ini adalah hasil usaha bersungguh-sungguh peserta untuk menghafaz al-quran dan merasai suasana kehidupan di madrasah. Peserta Kem Tahfiz diwajibkan mendirikan solat berjamaah di masjid dan menunaikan solat-solat sunat. Semasa Kem tersebut diadakan peserta dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman tentang teknik-teknik menghafaz al-quran dengan baik sehingga ia dapat dikekalkan dan dipelihara.  Biasanya peserta akan dibahagikan kepada beberapa halaqah, setiap halaqah terdiri dari 10 orang peserta yang membentuk bulatan. Sebelum memulakan hafazan peserta dikehendaki membaca dengan melihat al-quran dihadapan guru, setelah tiada kesalahan dan guru berpuas hati barulah peserta mula menghafaz.  Setiap bacaan secara hafazan akan direkodkan oleh guru atau tenaga pengajar di dalam buku rekod, sekiranya bacaan peserta  lancar dan fasih, akan ditulis ‘lancar’ sekiranya lemah akan ditulis ‘lemah’.  Selain dari menghafaz al-Quran, kelas-kelas fardhu ‘Ain diwajibkan antaranya cara-cara bertayammum, kaedah berwuduk yang betul, memperbaiki solat, tajwid, zikir-zikir selepas solat, doa, kisah-kisah nabi dan sebagainya.  Kelas fardhu ain ini, akan diadakan selepas solat Dhuha mengikut silibus yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Para peserta juga dilatih menjadi imam sembahyang ketika menunaikan solat Dhuha, manakala yang lain menjadi makmum mengikut giliran masing-masing.

Laporan akhbar Utusan berkaitan Kem Tahfiz Perdana Ke-10

Program Tahfiz Perdana penuhi musim cuti pelajar
Website Url : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1221&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

laporan-akhbar-utusan-berkenaan-kem-tahfiz-perdana

Laporan akhbar utusan berkenaan Kem Tahfiz Perdana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


7 + = nine

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>