Pendaftaran Pelajar Maahad Tahfiz Al-Ghazaly Sesi 2013

Pendaftaran Pelajar Maahad Tahfiz Al-Ghazaly Sesi 2013 More »

Sejarah Al-Hufaz

Sejarah pendidikan awal penubuhan Maahad Al-Hufaz bermula dengan Tadika Al Hufaz yang berjaya di tubuhkan pada Oktober 2008 yang terletak di Jalan Selamat Kampung Sungai Udang, Klang, Selangor bersebelahan Masjid Darul Muttaqin. More »

 

Pendaftaran Pelajar Maahad Tahfiz Al-Ghazaly Sesi Januari 2013

PENDAFTARAN KINI DIBUKA!

PENDAFTARAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL-GHAZALY

Tempat  :

Maahad Tahfiz Al Ghazaly
Lot 3390 Kg Sungai Udang 41250 Klang Selangor.
Tel: 014-632 7052

Muat turun : Peta Al-Hufaz Centre DI SINI

Muat turun Borang Permohonan Pelajar :

– Borang-Permohonan-Maahad-Tahfiz-Al-Ghazaly DI SINI

- Borang-Tajaan-Pelajar-Maahad-Tahfiz-Al-Ghazaly DI SINI

Kata Aluan Pengerusi Al Hufaz :

بسم الله الرحمن الرحيم

 Kata Aluan Pengerusi Al Hufaz :

Assalamualaikum wrh wbt

 Alhamdulillah segala puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menjalankan amanat dan impian murni ayahanda saya Tuan Guru Haji Ghazali Bin Haji Sirat bin Haji Othman Al-Kudus, mantan Nazir (pewaqaf) Masjid Darul Muttaqin, Sungai Udang Klang, Selangor. Bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak TADIKA Al Hufaz pada 2009, kemudian di susuli TASKA Al Hufaz pada 2010 dan kini muncul Ma’had Hufaz Al-Ghazaly pada tahun 2012. Al Hufaz menubuhkan konsep “Satu Perhentian Satu Tujuan Satu Bunyan (Satu Bangunan) atau One Stop One Centre. Tertubuhnya Ma’had Hufaz Al Ghazaly ini bermula pada September 2012 dan akan mula beroperasi insyallah pada 14hb. Januari 2013. Berdirinya ma’had ini adalah untuk meluruskan pegangan ‘itiqad aqidah ahli sunnah wal jamaah berdasarkan al-Quran, Hadis, Ijmak ulama dan Qias. Ia juga memberi peluang kepada anak-anak meneroka dan menghafaz al-Quran seusia yang sepatutnya. Dalam masa yang sama ia  juga merupakan salah satu tempat bagi anak-anak, memperbaiki akhlak, bersolat jamaah, bermasyarakat, serta menjadi seorang yang ‘faqih’ yakni berpegetahuan dalam bidang agama. Metod pengajian ma’had ini mengikut acuan Bapa Pendidik Ulung Anak-Anak Islam  iaitu Imam Al-Ghazali yang termetri dalam kitabnya Ayyuhal Walad ertinya Wahai Anak-Anakku. Sesungguhnya Allah telah menjadikan nama Al-Ghazali ini mashyur di Nusantara bahkan di persada dunia, berkebetulan pula sama dengan nama ayahanda saya. Sabda Nabi yang bermaksud: “Setiap manusia itu dilahirkan seperti kain putih, maka terserahlah kepada ibubapanya untuk memajusikannya, atau menasranikannya atau meyahudikannya”. Dan tak lupa pepatah Melayu mengatakan “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sabda Nabi Sallallahu ‘alahi Wassallam “Didiklah anak-anak kamu kerana ia diciptakan untuk menghadapi masa yang lain dari kamu”. Lagi pesanan Imam Al-Ghazali: “Jika anak dibiasakan melakukan kebaikan, nescaya ia akan tumbuh menjadi baik, sebaliknya apabila anak dibiasakan dengan keburukan serta dibiarkan seperti haiwan ternakkan, nescaya akan menjadi orang yang binasa dan celaka”. Imam Al Ghazali berkata: “Tanamkanlah cita-cita mulia di hatimu, rasa gelisah nafsumu dan kematianmu, kerana orang yang sudah mati menanti kamu, bilakah kamu akan menyusul, oleh itu berhati-hati jangan sampai kamu menyesal tanpa membawa bekalan”. Oleh yang demikian, tanggungjawab kita sebagai ibubapa amat berat dan tidak sesekali boleh dipandang enteng. Di saat inilah kita berusaha untuk memberikan ilmu yang terbaik buat anak kesayangan, kerana apabila kita meninggal dunia hanya 3 perkara yang kita akan bawa iaitu, amal jariah, ilmu yang disebarkan, anak soleh yang sentiasa mendoakan ibubapanya. Jadi marilah kita sama-sama bersatu hati dalam usaha melahirkan anak-anak terdidik dengan al-quran. Semoga restu dan rahmat daripada Allah sentiasa bersama kita. Amin ya Rabb. Sekian, terima kasih.

Melahirkan Generasi Al-Quran Yang Faqih”

 Al-Faqir Al-Haqir Al-Muznib
Ahmad Shukri Ghazali Sirat Othman.

(Pengerusi Al Hufaz )


MISI

“Melahirkan Generasi Al Quran Yang Faqih”


VISI

Menjadikan institusi pendidikan di peringkat awal kanak-kanak dengan satu matlamat dan satu tujuan serta melahirkan generasi ulama yang faqih dan berakhlak mulia.


OBJEKTIF

  1. Melahirkan anak-anak yang terdidik dengan Al Quran.
  2. Membentuk generasi yang faqih dan berpengetahuan ilmu-ilmu agama.
  3. Meluruskan akhlak dan pegangan aqidah bersumberkan al-Quran, Hadis, ijmak ulama dan qias.
  4. Mensuburkan kembali pengajian klasik khazanah ulama Nusantara.


SYARAT KEMASUKAN PELAJAR

  1. Berumur 10 – 12 tahun  &  13 – 15 tahun lelaki sahaja.
  2. Pelajar berusia 7 – 9 tahun boleh berulang alik atau tinggal di asrama.
  3. Sihat tubah badan dan tiada sebarang penyakit yang kronik
  4. Surat/Sijil berhenti sekolah dan surat kelahiran anak.
  5. Keputusan peperiksaan sekolah rendah & menengah.
  6. Mengisi borang pendaftaran di pejabat
  7. Bercita-cita untuk belajar dan menghafaz al-quran.
  8. Mampu mengurus diri dengan baik dan rapi
  9. Boleh membaca al-quran dengan baik dan lancar.
  10. Boleh menepati waktu belajar yang telah di tetapkan.
  11. Boleh membaca Bahasa Melayu, tulisan Jawi dan  Bahasa arab.
  12. Boleh menulis tulisan Melayu, tulisan Jawi dan tulisan Arab dengan elok.
  13. Boleh mematuhi disiplin dan peraturan asrama serta ma’had.
  14. Sebaik-baiknya  telah  khatam al-quran agar mudah untuk menghafaz
  15. Berbudi pekerti baik, mulia dan luhur.
  16. Tempoh menghafaz selama 3 tahun sahaja dan di lanjutkan jika perlu.
  17. Lulus temuduga jika di panggil
  18. Berambut pendek dan sentiasa kemas serta tidak menimbulkan masalah.
  19. Pengambilan pelajar adalah terhad 90 orang sahaja mengikut umur.
  20. Tarikh masuk asrama pada Ahad, 6hb Januari 2013 bersamaan 23 Safar 1434H jam 8.00 pagi.

 
PERSEDIAN MASUK ASRAMA

  1. Al Quran saiz sederhana dan rehal.
  2. 3 jubah putih, 2 kopiah putih, 2 serban putih, 3 seluar panjang  putih (cerut), 3  t. shirt putih pagoda berlengan, 1 tuala mandi, 1 tuala kecil, 2 seluar sukan  1 pasang kasut sukan, 2 stokin sukan 1 selipar, 1 kain sarung (jika perlu), 1 kain basahan untuk mandi, 2 baju tidur, 3 seluar dalam dan penyangkut baju. Kesemuanya 29 unit.
  3. Ubat gigi, berus gigi, syampu rambut, sikit rambut, minyak rambut, bedak, pewangi (minyak wangi), putik kapas telinga dan baldi kecil untuk peralatan mandi. Kesemuanya 9 unit
  4. Sarung bantal, cadar dan selimut. (jika mahu)
  5. 3 baju sekolah, 3 seluar sekolah, 2 pasang kasut sekolah, 2 pasang setokin putih, 1 baju sukan sekolah, 1 songkok hitam. Kesemuanya 12 unit  (khas untuk yang bersekolah Rendah Keb. sahaja

 PERINGKAT PENDIDIKAN

  1. Tahfiz Peringkat Rendah Darjah 1-6.
  2. Tahfiz Peringkat Menengah Tingkatan 1-3


SISTEM PENDIDIKAN

 PERINGKAT RENDAH DARJAH 1-6

  1. Tahfiz + Akademik + Kurikulum JAIS (SRA)
  2. Tahfiz + Akademik
  3. Tahfiz Sahaja.

 PERINGKAT MENENGAH TING 1 – 3

  1. Tahfiz sahaja.
  2. Tahfiz + Silibus Al-Azhar.


TAHAP HAFAZAN PERINGKAT RENDAH

DARJAH

UMUR

MASA

JUZUK

HAFAZAN

PENGAMBILAN

1

7

1 tahun

5 Juzuk

Juzuk 26-30

5 pelajar

2

8

1 tahun

5 Juzuk

Juzuk 21-25

5 pelajar

3

9

1 tahun

5 Juzuk

Juzuk 16-20

5 pelajar

4

10

1 tahun

5 Juzuk

Juzuk 11-15

5 pelajar

5

11

1 tahun

5 Juzuk

Juzuk 06-10

5 pelajar

6

12

1 tahun

5 Juzuk

Juzuk 01-05

5 pelajar

-

-

6 tahun

30 juzuk

-

30 Pelajar


TAHAP HAFAZAN PERINGKAT MENENGAH

   TING

UMUR

MASA

JUZUK

HAFAZAN

PENGAMBILAN

1

13

1 tahun

5 Juzuk

Juzuk 26-30

10 Pelajar

2

14

1 tahun

7 Juzuk

Juzuk 19-25

10 Pelajar

3

15

1 tahun

8 Juzuk

Juzuk 11-18

10 Pelajar

4

16

1 tahun

10 Juzuk

Juzuk 01-10

10 Pelajar

-

-

4 tahun

30 juzuk

-

40 Pelajar


KOKURIKULUM / AKTIVITI

  1. Kelas pertuturan bahasa arab seminggu sekali
  2. Kelas taranum sebulan sekali
  3. Kelas pidato sebulan sekali
  4. Kelas seni khat sebulan sekali
  5. Kelas motivasi 2 bulan sekali
  6. Tahsin Wudhuk sebulan sekali
  7. Tahsin Solat sebulan sekali.
  8. Kursus Imam & Bilal setahun sekali
  9. Kursus Janazah setahun sekali.
  10. Kursus sembelihan binatang setahun sekali
  11. Kursus Ibadah Haji setahun sekali
  12. Seni ART (berbayar)
  13. Sukan Renang (berbayar)


SKIM TAJAAN

Skim tajaan di tubuhkan untuk anak-anak yang kurang berkemampuan untuk belajar menghafaz Al Quran seperti faqir miskin, anak yatim dan yang selayaknya. Oleh itu mana-mana individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam tempoh waktu tertentu seperti setahun atau dua tahun boleh berhubung dengan urusetia Al Hufaz.

CUTI TAHUNAN

PERKARA

TARIKH

BULAN

TEMPOH

Awal Tahun

23hb – 30hb.

Mac

07 Hari

Pertengahan Tahun

02hb – 08hb.

Jun

07 Hari

Idul Fitri

06hb – 15hb

Ogos

10 Hari

Idul Adha

12hb – 19hb.

Oktober

08 Hari

Akhir Tahun

01hb – 15hb.

Disember

15 Hari

JUMLAH

47 Hari

 

 

 

 



CUTI BULANAN

BULAN

TARIKH

TEMPOH

Januari

-

-

Febuari

23hb – 24hb.

2 Hari

April

27hb – 28hb.

2 Hari

Julai

27hb – 28hb.

2 Hari

September

28hb – 29hb.

2 Hari

JUMLAH                                                          8 Hari

 

 

 

 



HARI LAWATAN IBUBAPA

BULAN

TARIKH

BULAN

HARI

MASA

Januari

27hb.

Jan

Ahad

12.00 – 6.00 pm

Febuari

10hb.

Feb

Ahad

12.00 – 6.00 pm

Mac

-

-

-

-

April

07hb

April

Ahad

12.00 – 6.00 pm

Mei

12hb.

Mei

Ahad

12.00 – 6.00 pm

Jun

-

-

-

-

Julai

07hb.

Julai

Ahad

12.00 – 6.00 pm

Ogos

-

-

-

-

September

08hb.

Sept

Ahad

12.00 – 6.00 pm

Oktober

-

-

-

-

November

10hb.

Nov

Ahad

12.00 – 6.00 pm

Disember

-

-

-

-

 

 


JADUAL WAKTU ISNIN – KHAMIS

  1.           05.00 – 05.30           Solat tahajud                            (30 minit)
  2.           05.30 – 06.00           Solat Subuh berjamaah          (30 minit)
  3.           06.00 – 06.30           Wirid                                          (30 minit)
  4.           06.30 – 07.30           Menghafaz                                 (1 jam)
  5.           07.30 – 08.30           Sarapan                                      (1 jam)
  6.           08.30 – 09.30           Menghafaz                                 (1 jam)
  7.           09.30 – 10.00           Solat Dhuha berjamaah          (30 minit)
  8.           10.00 – 11.00             Menghafaz                                (1 jam)
  9.           11.00 – 12.00             Menghafaz                                 (1 jam)
  10.           12.00 – 01.00            Menghafaz                                 (1 jam)
  11.           01.00 – 02.00           Solat Zohor berjamaah.          (1 jam)
  12.           02.00 – 02.30           Makan tengahari                     (30 minit)
  13.           02.30 – 04.30           Tidur                                          (2 jam)
  14.           04.30 – 05.00           Solat Asar berjamaah             (30 minit)
  15.           05.00 – 06.00           Kelas mengikut jadual    (1 jam)
  16.           06.00 – 06.30           Riadah                                       (30 minit)
  17.           06.30 – 07.00           Makan malam                          (30 minit)
  18.           07.00 – 07.20           Urus diri                                    (20 minit)
  19.           07.20 – 08.00           Solat maghrib berjamaah      (20 minit)
  20.           08.00 – 09.00           Menghafaz                                (1 jam)
  21.           09.00 – 10.00           Menghafaz                                 (1 jam)
  22.           10.00 – 10.15           Dalail khairat                              (15 minit)
  23.           10.15 – 10.30           Kisah Sahabat                             (30 minit)
  24.           10.30 – 11.00           Minum dan makan ringan       (30 minit)
  25.           11.00 – 05.00           Rehat dan tidur.                        (6 jam)

JADUAL WAKTU  JUMAAT

  1.           05.00 – 05.30           Solat tahajud                        (30 minit)
  2.           05.30 – 06.00           Solat Subuh di masjid        (30 minit)
  3.           06.00 – 06.30           Wirid                                     (30 minit)
  4.           06.30 – 07.30           Menghafaz                            (1 jam)
  5.           07.30 – 08.30           Sarapan                                 (1 jam)
  6.           08.30 – 09.30           Menghafaz                            (1 jam)
  7.           09.30 – 10.00           Solat Dhuha Berjamaah     (30 minit)
  8.           10.00 – 11.00           Menghafaz                              (1 jam)
  9.           11.00 – 12.00           Jawi / Khat                          (1 jam)
  10.           12.00 – 01.00           Bahasa Arab                       (1 jam)
  11.           01.00 – 02.00           Solat Zohor berjamaah.      (1 jam)
  12.           02.00 – 02.30           Makan tengahari                  (30 minit)
  13.           02.30 – 04.30                                                            (2 jam)
  14.           04.30 – 05.00                                                            (30 minit)
  15.           05.00 – 06.00           AKTIVITI BEBAS                (1 jam)
  16.           06.00 – 06.30                                                            (30 minit)
  17.           06.30 – 07.00                                                            (30 minit)
  18.           07.00 – 07.20                                                            (20 minit)
  19.           07.20 – 08.00           Solat maghrib berjamaah  (20 minit)
  20.           08.00 – 09.00           Menghafaz                            (1 jam)
  21.           09.00 – 09.30           Solat isyak                             (30 minit)
  22.           09.30 – 10.00           Menghafaz                             (30 jam)
  23.           10.00 – 10.30           Dalail khairat@ Burdah       (30 minit)
  24.           10.30 – 11.00           Minum dan makan ringan   (30 minit)
  25.           11.00 – 05.00           Rehat dan tidur.                     (6 jam)

 
KELAS FARDHU AIN SUKATAN  JAIS
DARJAH 1-6 & TINGKATAN 1-3

HARI:  SABTU & AHAD

  1. 06.30 – 07.30 pagi              Menghafaz                    (1 Jjam)
  2. 07.30 – 08.00 pagi              Rehat / Sarapan          (30 minit)
  3. 08.00 – 09.00 pagi             Feqah                           (1 jam)
  4. 09.00 – 10.00 pagi              Tajwid                         (1 jam)
  5. 10.00 – 11.00 pagi             Tauhid                           (1 jam)
  6. 11.00 – 12.00 tgh               Akhlak                           (1 jam)
  7. 12.00 – 01.00 tgh              Jawi                                (1 jam)
  8. 01.00 – 01.30 tgh               Solat Zohor                    (30 minit)
  9. 01.30 – 02.00 tgh               Makan                            (30 minit)
  10. 02.00 – 02.30 tgh               Mengulang al-Quran  (30 minit)
  11. 02.30 – 03.30 tgh               Tidur                             (1 jam)
  12. 03.30 – 04.30 tgh               Bahasa Arab              (1 jam)
  13. 04.30 – 05.00 tgh               Solat asar                       (30 minit)
  14. 05.00 – 06.00 ptg              Sirah                             (1 jam)
  15. 06.00 – 07.00 ptg               Bebas                              (1 jam)
  16. Kelas malam menghafaz seperti biasa.

 

Ma’had Tahfiz Al Ghazaly

Lot 3390 Kg Sungai Udang 41250 Klang Selangor.

Tel: 014 – 632 7052 / 016 – 632 5071

YURAN PENDAFTARAN TAHUN PERTAMA 2013/2014
( SEPENUH MASA )

Bil Perkara 7-9 Tahun 10-12 Tahun 13-15 Tahun
1. Pendaftaran Masuk RM 200.00 RM 200.00 RM 200.00
2. Penginapan Asrama RM 300.00 RM 300.00 RM 300.00
3. Kitab Jawi Klasik & Bahasa Arab

-

-

RM 50.00
4. Buku Fardhu Ain & Bahasa Arab RM 30.00 RM 50.00 RM 50.00
5. Tabung Waqaf Maahad RM 50.00 RM 50.00 RM 50.00
6. Tabung Masjid RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00
7. Baju Sukan Sehelai RM 40.00 RM 40.00 RM 40.00
8. Pakaian Rasmi Batik & Jubah RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00
9. Lawatan 3x setahun RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00
10. Pelekat Nama di Baju RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00
11. Peperiksaan 2x Setahun RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00
12. Pertandingan Hafazan RM 20.00 RM 30.00 RM 30.00
13. Takaful RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00
14. Hari Sukan RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00
15. JUMLAH RM 920.00 RM 950.00 RM1,000.00

YURAN BULANAN (SEPENUH MASA) 2013/2014

Bil

Perkara

Yuran

1. Yuran makan : sarapan, tengahari, petang dan malam RM 300.00
2. Yuran Dobi Pakaian RM 50.00
3. Yuran Transport ( jika perlu ) RM 50.00
4 Yuran Kokurikulum SRA (JAIS) RM 20.00
Jumlah RM 420.00

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


+ 9 = twelve

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>